Images
  • ocbc uob
    Seorang lelaki berjalan di hadapan mesin OCBC dan UOB. (Gambar fail: Reuters)

OCBC lapor laba stabil bagi suku kedua; laba UOB naik 8%

SINGAPURA: Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC) melaporkan laba stabil bagi suku kedua, manakala pendapatan faedah bersih meningkat kepada paras rekod, dipacu pertumbuhan bagi pinjaman dan margin laba.

"Pertumbuhan pinjaman kekal dan margin faedah bersih terus meningkat. Pendapatan yuran naik dari suku ke suku, terutamanya didorong bayaran pengurusan kemewahan lebih tinggi, dengan perbankan privet kami Assets Under Management mencatat paras tinggi baru," kata Ketua Pegawai Eksekutif Samuel Tsien dalam kenyataannya pada Jumaat (2 Ogos).

Bank tersenarai kedua terbesar Singapura itu menyatakan ia mencatatkan laba bersih S$1.22 bilion dalam masa tiga bulan sehingga bulan Jun, berbanding S$1.21 bilion setahun lalu.

Ini berbanding anggaran purata laba S$1.29 bilion daripada dua penganalisis, menurut data dari Refinitiv. OCBC menyatakan pendapatan faedah bersih naik 10 peratus kepada paras rekod sebanyak S$1.59 bilion.

Laba suku kedua bank lebih kecil United Overseas Bank meningkat lapan peratus kepada S$1.17 bilion, disokong peningkatan dalam kedua-dua pendapatan faedah dan bukan faedah, menurut bank tersebut.

- CNA/IM/im

Top