Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

OCBC bank pertama di S'pura tawar keluarkan wang tunai guna kod QR

Para pelanggan OCBC Bank kini boleh mengeluarkan wang menggunakan kod QR, menurut bank tersebut dalam satu kenyataan media pada Rabu (31 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
OCBC bank pertama di S'pura tawar keluarkan wang tunai guna kod QR

(Gambar: OCBC)

Diterbitkan : 31 Jul 2019 02:27PM Dikemas Kini : 31 Jul 2019 02:30PM

SINGAPURA: Para pelanggan OCBC Bank kini boleh mengeluarkan wang menggunakan kod QR, menurut bank tersebut dalam satu kenyataan media pada Rabu (31 Jul).

Dengan menggunakan aplikasi OCBC Pay Anyone, para pelanggan boleh mengimbas kod QR dan kemudian menggunakan cap jari, imbasan wajah atau log masuk 'mobile banking', menurut OCBC, sambil menambah ia adalah bank pertama di Singapura yang memperkenalkan kaedah sedemikianenurut OCBC, kod QR 'lebih selamat" berbanding nombor PIN.

Ia juga menambah bahawa sekalipun telefon bimbit dicuri, akses kepada akaun bank pelanggan boleh disekat kerana cap jari atau imbasan wajah diperlukan.

Kaedah kod QR itu juga akan membantu para pelanggan untuk mengurangkan masa diluangkan di kios ATM dari 80 saat kepada 45 saat, menurut OCBC.

Khidmat itu ditawarkan di 655 ATM OCBC di Singapura. Bagaimanapun khidmat itu tidak akan disediakan di 22 ATM baru yang menerima deposit duit syiling dan wang tunai, menurut bank tersebut. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan