Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

NYSE ganding bahu dengan Starbucks bagi wadah bitcoin

Syarikat induk NYSE mengumumkan rancangan untuk melancarkan satu wadah perdagangan bitcoin dan menjadi rakan kongsi Starbucks bagi satu aplikasi bayaran digital

Anggaran Waktu Membaca:
NYSE ganding bahu dengan Starbucks bagi wadah bitcoin

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 04 Aug 2018 08:26AM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 08:28AM

NEW YORK: Syarikat induk Bursa Saham New York (NYSE) mengumumkan rancangan, semalam (3 Ogos), untuk melancarkan satu wadah perdagangan bitcoin dan menjadi rakan kongsi Starbucks bagi satu aplikasi bayaran digital.

Bursa terbaru itu yang dinamakan Bakkt disasarkan membina keyakinan terhadap urus niaga bitcoin, menurut satu kenyataan oleh Intercontinental Exchange (ICE).

Menurut ketua ICE, Jeffrey Sprecher: “matlamat kami adalah untuk membina keyakinan dalam kelas aset di peringkat global, selaras dengan rekod prestasi kami dalam membentuk ketelusan dan kepercayaan terhadap pasaran-pasaran yang tidak dikawal sebelum ini.”

ICE akan bekerjasama dengan Starbucks yang sudahpun mempunyai 15 juta anggota ganjaran yang menggunakan bayaran digital.

Starbucks merancang untuk menghasilkan “aplikasi-aplikasi praktikal, diyakini dan dikawal bagi para pelanggan untuk menukar aset-aset digital mereka kepada mata wang Amerika Syarikat untuk digunakan di Starbucks,” kata naib presiden kerjasama dan bayaran Starbucks, Maria Smith.

Sekiranya diluluskan pihak berkuasa Amerika, Bakkt akan melancarkan kontrak bitcoin “secara fizikal” buat sehari, pada November ini.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan