Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Noble Group rancang teruskan penyusunan semula

Pedagang komoditi Noble Group hari ini (21 Nov) menyatakan ia akan meneruskan rancangannya untuk melaksanakan penyusunan semula meskipun pihak berkuasa Singapura menjalankan siasatan terhadapnya. Syarikat itu disyaki melanggar syarat-syarat pengumuman penyata kewangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Noble Group rancang teruskan penyusunan semula

Logo syarikat Noble Group di pejabatnya yang terletak di Hong Kong. (Gambar fail: Bobby Yip/Reuters)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 11:02AM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 11:06AM

SINGAPURA: Pedagang komoditi Noble Group hari ini (21 Nov) menyatakan ia akan meneruskan rancangannya untuk melaksanakan penyusunan semula meskipun pihak berkuasa Singapura menjalankan siasatan terhadapnya. Syarikat itu disyaki melanggar syarat-syarat pengumuman penyata kewangan.

Noble menyatakan bahawa ia dan unitnya, Noble Resources International, menerima surat-surat rasmi daripada pihak berkuasa Singapura mengenai siasatan terhadap kenyataan-kenyataan yang dipercayai palsu dan mengelirukan oleh syarikat-syarikatnya.

Firma itu menambah, ia akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam siasatannya.

Noble, yang pernah menjadi pedagang komoditi terbaik Asia, berdepan dengan masalah kewangan setelah rugi AS$6 bilion (S$8.25 bilion) pada Februari 2015 selepas perakaunannya dipersoal Iceberg Research.

Untuk menyelamatkan syarikat, Noble menurunkan skala perniagaannya dengan menjual aset-aset yang bernilai beberapa bilion dolar, mengurangkan nilai nominal aset dan memberhentikan beratus-ratus pekerjanya. 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan