Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Nissan, Renault, Mitsubishi Motor setuju bentuk syarikat baru bagi R&D lanjutan

Perikatan yang dibentuk  Nissan Motor Co, Renault SA serta Mitsubishi Motors Corp bersetuju untuk membentuk sebuah syarikat baru yang tertumpu kepada  kajian dan pengembangan (R&D) teknologi automotif lanjutan, menurut Kyodo News. 

Anggaran Waktu Membaca:
Nissan, Renault, Mitsubishi Motor setuju bentuk syarikat baru bagi R&D lanjutan

Gambar fail logo Nissan. (Gambar: Edgar Su/REUTERS)

Diterbitkan : 01 Dec 2019 04:50PM Dikemas Kini : 01 Dec 2019 04:51PM

TOKYO: Perikatan yang dibentuk Nissan Motor Co, Renault SA serta Mitsubishi Motors Corp bersetuju untuk membentuk sebuah syarikat baru yang tertumpu kepada kajian dan pengembangan (R&D) teknologi automotif lanjutan, menurut Kyodo News.

Ketiga-tiga syarikat itu akan mengumumkan rancangan mereka pada Januari ini, lapor Kyodo pada Ahad (1 Dis), menukil beberapa sumber yang mempunyai maklumat tentang perkara tersebut.

Usaha baru itu juga bertujuan untuk mengukuhkan pakatan berkenaan yang terjejas sejak penangkapan dan pembongkaran kes bekas ketua Carlos Ghosn, menurut laporan berkenaan.

Renault, Nissan dan Mitsubishi merancang untuk melantik seorang setiausaha agung bagi menerajui perkongsian mereka demi meningkatkan kerjasama dan memulakan semula operasi bersama.

Sebuah pasukan kepimpinan baru dibentuk di Nissan pada Ahad, diketuai Makoto Uchida, berusia 53 tahun, yang mengendalikan perniagaan syaikat itu di China. Renault juga sedang mencari seorang ketua eksekutif baru dengan ketua kewangan, Clotilde Delbos, kini memangku tanggungjawab buat tempoh sementara.

Ghosn diberkas tahun lalu di Tokyo atas dakwaan salah laku kewangan yang beliau nafikan.

Nissan tidak memberikan sebarang komen apabila diminta untuk mengulas hal tersebut.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan