Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Nissan perkenal teknologi 'ProPilot' dalam perusahaan hotel

Teknologi terkini kenderaan mula diluaskan ke perusahaan hotel pula.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jan 2018 04:03PM Dikemas Kini : 28 Jan 2018 12:03AM

TOKYO: Teknologi terkini kenderaan mula diluaskan ke perusahaan hotel pula.

Minggu lalu, syarikat Nissan Motor mengumumkan peluang bagi sepasang pelancong memenangi penginapan semalam di sebuah hotel tradisional yang terletak di Hakone.

Apa yang istimewa, hotel ini menggunakan teknologi yang sama untuk meletak kereta secara automatik 'ProPILOT'.

Ini bermakna selipar-selipar, kusyen dan meja boleh bergerak sendiri ke tempat asalnya. Misalnya, selipar-selipar yang disediakan di hotel itu mempunyai dua roda kecil, motor dan sensor yang membolehkannya untuk 'memandu' di tingkat satu hotel itu menggunakan teknologi 'ProPilot'.

Para pelancong boleh mula menggunakan selipar canggih ini dengan hanya menekan butang-butang tertentu.

Syarikat Nissan menggunakan teknologi ini dalam kenderaan elektriknya yang terkini.

Teknologi ini mula diperkenalkan pada lewat tahun lalu. 

Sumber : Reuters/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan