Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Nilai ringgit hari ini: S$1.00 = RM3.04

Dolar Singapura terus lemah berbanding Ringgit Malaysia. Hari ini (22 Nov), mata wang Malaysia itu ditutup pada paras 3.044 berbanding sedolar Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Dolar Singapura terus lemah berbanding Ringgit Malaysia. Hari ini (22 Nov), mata wang Malaysia itu ditutup pada paras 3.044 berbanding sedolar Singapura.

Data Bloomberg menunjukkan ringgit berlegar-legar antara paras 3.043 dengan 3.058 berbanding setiap unit dolar Singapura. Semalam ia ditutup pada kadar 3.053.

Pada 3 November, ringgit ditutup pada kadar 3.111 berbanding setiap dolar Singapura, iaitu paras mata wang Malaysia yang paling lemah bulan ini berbanding negara jirannya itu.

Kadar ringgit paling kukuh sepanjang dua tahun lalu ialah pada April tahun lalu, apabila ia mencecah 2.871 bagi setiap dolar Singapura.

Ringgit juga mencatat prestasinya yang amat memberangsangkan hari ini apabila dengan melonjak ke paras tertinggi berbanding dolar Amerika dalam tempoh 14 bulan.

Pada jam 6.00 petang, ringgit meningkat untuk ditutup pada 4.110/113, menambah 160 mata asas, paras yang kali terakhir dicatat pada 23 September 2016.

Para pedagang mata wang menyatakan, kekuatan ringgit disumbang oleh sentimen positif berhubung berita pertumbuhan ekonomi 6.2% yang dicatat Malaysia bagi suku ketiga.

Menurut laporan Bernama, seorang peniaga menjelaskan bahawa ringgit disokong oleh unjuran Bank Negara Malaysia akan menaikkan kadar dasar semalaman setelah pertumbuhan demikian.

“Ringgit juga antara mata wang yang mendahului bagi mata wang pasaran pesat membangun setelah mata wang Asia terus mengukuh disokong oleh kelemahan dolar AS (Amerika Syarikat) dan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Janet Yellen yang memihak kepada kadar faedah rendah,” katanya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan