Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Nilai paun sterling kembali kukuh, meski Brexit ditolak

Nilai mata wang paun sterling Britain tidak begitu terjejas oleh keputusan parlimen negara itu menolak perjanjian Brexit.

Anggaran Waktu Membaca:
Nilai paun sterling kembali kukuh, meski Brexit ditolak

(Gambar: Paul Ellis/AFP)

Diterbitkan : 16 Jan 2019 06:44PM Dikemas Kini : 16 Jan 2019 06:47PM

LONDON: Nilai mata wang paun sterling Britain tidak begitu terjejas oleh keputusan parlimen negara itu menolak perjanjian Brexit.

Nilai paun sterling kembali kukuh meskipun jatuh ke paras terendah dalam masa dua tahun sejurus setelah parlimen membuat keputusannya itu.

Bahkan pada sesi awal dagangan hari ini (16 Jan), nilai paun sterling mencapai paras tertinggi dalam masa dua bulan berbanding mata wang euro.

Para pelabur dikatakan kini semakin yakin Kesatuan Eropah (EU) mungkin memberi masa tambahan kepada Britain bagi mencapai perjanjian Brexit.

Pada sekitar 2140GMT, nilai pound berada pada paras 88.66 peni berbanding mata wang euro. Ini berbanding paras 89.57 dan 89.15 pada sebelah malam Isnin (14 Jan).

Perdana Menteri Britain, Theresa May mengalami kekalahan yang paling buruk dalam sejarah apabila Perjanjian Pengunduran Brexit yang dipersetujuinya ditolak oleh sebahagian besar daripada 230 Anggota Parlimen negara itu. 

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan