Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Nilai kerusi permainan video Secretlab cecah S$200 juta susuli pelaburan Temasek

Setelah memenangi anugerah "kerusi permainan video terbaik bagi 2019", Secretlab berjaya memperolehi dana bernilai berjuta-juta dolar daripada firma pelaburan negara, Temasek Holdings.

Anggaran Waktu Membaca:
Nilai kerusi permainan video Secretlab cecah S$200 juta susuli pelaburan Temasek

Secretlab menjual lebih 200,000 kerusi permainan sejak ditubuhkan pada 2014. (Gambar-Gambar: Secretlab)

Diterbitkan : 14 Aug 2019 10:19AM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 10:24AM

SINGAPURA: Setelah memenangi anugerah "kerusi permainan video terbaik bagi 2019", Secretlab berjaya memperolehi dana bernilai berjuta-juta dolar daripada firma pelaburan negara, Temasek Holdings.

Syarikat pemula yang berpangkalan di Singapura itu memperolehi dana tesebut dengan memeterai perjanjian, yang menetapkan nilai syarikat pembuat kerusi berkenaan kepada lebih S$200 juta.

Mengumumkan perjanjian itu menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa (13 Ogos), Secretlab yang ditubuhkan lima tahun lalu menyatakan kerjasama baru itu akan membolehkan syarikat tersebut memanfaatkan kepakaran Temasek Holdings dan membantunya menebarkan sayap ke pasaran luar negara.

Secretlab kini mencatat prestasi memberangsangkan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Meskipun Secretlab enggan mendedahkan jumlah sebenar pelaburan itu, Mediacorp difahamkan bahawa anak syarikat Temasek, Heliconia Capital Management, kini memegang "jumlah saham kecil" yang meletakkan nilai keseluruhan Secretlab antara S$200 juta hingga S$300 juta dolar.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Secretlab, Ian Alexander Ang, memberitahu Mediacorp bahawa dengan suntikan dana itu, "jumlah pengguna dijangka akan meningkat seganda menjelang tahun depan. Kami akan berusaha untuk menawarkan kerusi-kerusi kami di lebih banyak tempat."

Encik Ang, bekas pemain video profesional yang berusia 27 tahun, menubuhkan Secretlab dengan Alaric Choo, juga seorang pemain profesional berusia 31 tahun, pada 2014.

Sejak itu, mereka sudahpun menjual lebih 200,000 kerusi permainan dan semakin popular dalam kalangan pemain permainan video.

Kerusi-kerusi tersebut digunakan dalam kejohanan e-sukan terbesar di dunia, seperti Kejohanan Antarabangsa Dota 2 yang menawarkan hadiah wang tunai tertinggi sebanyak S$32 juta. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan