Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Nike beri amaran kesan kewangan akibat virus korona baru

Syarikat Nike Inc menyatakan penularan virus korona baru di China akan menjejas operasinya dari segi kewangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Nike beri amaran kesan kewangan akibat virus korona baru

Kasut-kasut Nike. (Gambar: REUTERS/Mike Segar)

Diterbitkan : 05 Feb 2020 10:23AM Dikemas Kini : 05 Feb 2020 10:25AM

CHINA: Syarikat Nike Inc menyatakan penularan virus korona baru di China akan menjejas operasinya dari segi kewangan.

Oleh kerana China merupakan pasaran terbesarnya, saham syarikat pembuat kasut di China itu merudum tiga peratus.

Menurut Nike Inc, ia sudah menutup buat sementara sebahagian daripada kedai-kedai milik Nike manakala waktu perniagaan bagi sebahagian kedai yang lain disingkatkan.

Beberapa peruncit memberi amaran tentang kesan kewangan akibat penularan pantas virus korona baru itu, yang mengorbankan lebih 400 orang dan dijangkiti lebih 20,000 yang lain di China.

China adalah salah satu pasaran terbesar Nike dan syarikat terbesar pembuat kasut sukan di dunia itu amat bergantung kepada kuasa membeli pelanggan China untuk mengimbangi penjualan yang lemah di Amerika Utara.

Nike menyatakan ia akan menyediakan maklumat terkini tentang operasi serta kesan kewangannya kelak.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan