Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Negeri Sembilan sasar 8 juta pengunjung tahun depan

Kerajaan Negeri Sembilan optimis mampu mengembalikan kunjungan lapan juta pelancong pada tahun depan setelah Malaysia beransur pulih daripada ancaman pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Negeri Sembilan sasar 8 juta pengunjung tahun depan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 29 Mar 2021 09:47PM Dikemas Kini : 29 Mar 2021 09:50PM

PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan optimis mampu mengembalikan kunjungan lapan juta pelancong pada tahun depan setelah Malaysia beransur pulih daripada ancaman pandemik COVID-19.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata daripada jumlah itu, 70 peratus dijangka berkunjung ke Port Dickson berdasarkan jumlah pelancong yang pernah dicapai pada 2019.

“Selepas COVID-19 ini, kita telah bersedia dengan produk baru yang pastinya akan menjadikan Port Dickson sebagai tarikan utama.

“Sektor pelancongan sudah terkesan sejak 2020 dan pada tahun ini juga, negara masih berdepan cabaran ancaman pandemik itu tetapi kita lihat keadaan kini semakin pulih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Tema Air Ehsan hari ini (29 Mac).

Beliau berkata Port Dickson mempunyai tarikan tersendiri dengan 11 pantai dan yang terbaru adalah Taman Tema Air Ehsan seluas lebih 2.02 hektar.

Encik Aminuddin juga berkata dalam mempromosikan pelancongan di negeri itu, tumpuan kerajaan negeri tidak hanya terarah kepada satu kawasan, sebaliknya melibatkan daerah lain yang mempunyai keunikan tersendiri.

Beliau merujuk Kuala Pilah sebagai contoh kerana daerah itu memiliki budaya dan warisan yang unik selain terkenal dengan masakan Negeri Sembilan.

“Daerah Jelebu pula, kita sedang tumpu kepada kawasan yang memiliki ekopelancongan manakala di Jempol dan Rembau, kerajaan negeri sedang merancang menaik taraf kawasan di sekitar Gunung Datok yang merupakan antara tarikan pelancongan di sini,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan