Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MTI ramal ekonomi S'pura tumbuh 14.3% pada suku kedua

Ekonomi Singapura tumbuh 14.3 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding setahun lalu, didukung oleh asas yang rendah akibat pelaksanaan tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 semasa tempoh sama tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
MTI ramal ekonomi S'pura tumbuh 14.3% pada suku kedua

Latar langit kawasan perniagaan di Singapura. (Foto: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 14 Jul 2021 08:48AM Dikemas Kini : 14 Jul 2021 08:50AM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh 14.3 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding setahun lalu, didukung oleh asas yang rendah akibat pelaksanaan tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 semasa tempoh sama tahun lalu.

Demikian menurut Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) hari ini (14 Jul).

Ramalan awal suku kedua itu, yang dihitung sebahagian besarnya daripada data yang dikumpulkan pada dua bulan pertama suku tersebut, melebihi pertumbuhan 1.3 peratus pada suku sebelumnya.

Perangkaan kukuh hasil kasar dalam negeri (GDP) amat dijangkakan bagi suku kedua memandangkan asas yang rendah dari tahun lalu apabila tempoh pemutus rantaian jangkitan menghentikan hampir semua kegiatan ekonomi dari 7 April hingga 1 Jun. Ini menyebabkan ekonomi menguncup sebanyak 13.3 peratus semasa tempoh sama tahun lalu.

Secara mutlak, GDP Singapura pada suku kedua tahun ini kekal 0.9 peratus di bawah paras sebelum pandemik pada suku kedua 2019, menurut MTI.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, ekonomi menguncup sebanyak dua peratus pada suku kedua, berbanding pertumbuhan 3.1 peratus pada suku sebelumnya.

Para ahli ekonomi sektor swasta yang ditinjau oleh bank pusat dalam satu tinjauan suku tahunan baru-baru ini meramalkan pertumbuhan 15 peratus bagi suku dari April hingga Jun 2021.

Ekonomi Singapura diunjurkan pulih secara bertahap-tahap tahun ini, selepas menguncup 5.4 peratus tahun lalu dalam kemelesetan ekonomi negara yang paling buruk sejak kemerdekaan.

Ramalan pertumbuhan rasmi untuk 2021 kekal pada julat antara empat hingga enam peratus buat masa ini, dengan satu semakan dirancangan pada bulan hadapan.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan