Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MOM terbit panduan baru; galak keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan

Syarikat-syarikat yang mahu meneroka konsep berkongsi kerja untuk menggalak keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan pekerja kini boleh mendapat panduan baru yang diterbitkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Anggaran Waktu Membaca:
MOM terbit panduan baru; galak keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan

MOM menerbitkan panduan baru bagi menggalak keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan pekerja.

Diterbitkan : 24 May 2019 09:34PM Dikemas Kini : 24 May 2019 09:42PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat yang mahu meneroka konsep berkongsi kerja untuk menggalak keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan pekerja kini boleh mendapat panduan baru yang diterbitkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Panduan itu boleh dimuat turun dari laman MOM.

Berkongsi kerja merupakan satu lagi cara kerja fleksibel. Beberapa orang pekerja akan berkongsi menjalankan tugas satu pekerjaan sepenuh masa.

Ini membolehkan setiap pekerja mempunyai lebih banyak masa fleksibel seperti bekerja pada waktu pagi atau tengah hari sahaja.

Syarikat-syarikat boleh memanfaatkan Geran Mengimbangi Kerja dan Kehidupan bernilai $35,000 bagi melakar peranan berkongsi tugas untuk pekerja kolar putih mereka.

Menurut panduan tersebut, daya penghasilan naik 30 peratus dan mereka yang berhenti kerja merosot 20 peratus. 

Sumber : CNA/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan