Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MOF lantik Tan Ching Yee sebagai Pengerusi ACRA

Kementerian Kewangan (MOF) melantik Cik Tan Ching Yee sebagai Pengerusi Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) berkuat kuasa pada Ahad ini (1 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
MOF lantik Tan Ching Yee sebagai Pengerusi ACRA

Cik Tan Ching Yee, pengerusi ACRA yang berkuat kuasa bermula 1 April 2018.

Diterbitkan : 27 Mar 2018 09:06PM Dikemas Kini : 28 Mar 2018 01:55AM

SINGAPURA: Kementerian Kewangan (MOF) melantik Cik Tan Ching Yee sebagai Pengerusi Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) berkuat kuasa pada Ahad ini (1 Apr).

Dalam kenyataan medianya hari ini (27 Mac), MOF menyatakan bahawa Cik Tan, yang kini Setiausaha Tetap (Kewangan), akan menggantikan Cik Lim Soo Hoon yang telah menyandang jawatan tersebut sejak 1 April 2012.

Cik Tan, 53, memegang beberapa jawatan di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dan Kementerian Pendidikan (MOE) sebelum dilantik sebagai Timbalan Setiausahadi MOE pada 1998 dan Ketua Pegawai Eksekutif Penguasa Pembangunan Infokom Singapura pada 2002. Beliau juga dilantik sebagai Timbalan Setiausaha (Infokom dan Media) di Kementerian Perhubungan, Penerangan dan Kesenian pada 2002.

Menteri Kewangan turut melantik semula lima anggota lembaga di samping empat anggota baru ke dalam lembaga ACRA. Pelantikan itu berkuat kuasa Ahad ini.

Mereka yang dilantik semula ialah:

  1. Encik Adrian Chan, Rakan Kongsi Lee & Lee Advocates & Solicitors;
  2. Cik Chandra Mallika, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Asia Pasifik di Deutsche Bank AG, Cawangan Singapura;
  3. Encik Max Loh, Rakan Pengurusan ASEAN dan Singapura di Ernst & Young
  4. Encik Tham Sai Choy, Akauntan Berkanun dan
  5. Encik Ow Fook Chuen, Akauntan Negara di Jabatan Perakaunan Negara

Sementara itu, empat anggota baru lembaga tersebut adalah:

  1. Encik Bruce Liang, Ketua Pegawai Eksekutif Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu yang juga Ketua Pegawai Maklumat di Kementerian Kesihatan;
  2. Encik Kevin Wong, Peguam;
  3. Encik Muhammad Hidhir Abdul Majid, Hakim Daerah Utama di Mahkamah Keadilan Keluarga dan
  4. Encik Paul Lee Rakan Pengurusan RSM Singapore 
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan