Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Model gaji progresif lebih baik berbanding gaji minimum: Ng Chee Meng

Ketua gerakan buruh Ng Chee Meng memberi pandangannya mengenai saranan agar kadar gaji minimum diamalkan di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Oct 2018 09:25PM Dikemas Kini : 29 Oct 2018 11:13PM

SINGAPURA: Ketua gerakan buruh Ng Chee Meng memberi pandangannya mengenai saranan agar kadar gaji minimum diamalkan di negara ini.

Beliau berkata meskipun idea itu bertujuan baik, ia juga mempunyai kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.

Antaranya, ia mungkin tidak dapat membantu para majikan mencapai daya penghasilan yang diingini dan pekerja akhirnya mungkin tidak mendapat kenaikan gaji.

Model gaji progresif merupakan satu model berlandaskan daya penghasilan. Ia membantu para pekerja mendapat kenaikan gaji menerusi peningkatan kemahiran mereka.

Encik Ng berkata beliau mahu melihat model itu diluaskan meliputi lebih banyak sektor ekonomi.

Pada masa ini, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mewajibkannya ke atas pekerjaan dalam bidang pembersihan, landskap, pengawal keselamatan dan perkhidmatan lif. 

Sumber : CNA/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan