Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Mobike hentikan operasi di S'pura; minta izin LTA untuk pulangkan lesen

Mobike semalam (11 Mac) membuat permohonan bagi mendapatkan keizinan untuk menyerahkan lesen khidmat basikal sewanya di Singapura. Berita itu disahkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA). 

Anggaran Waktu Membaca:
Mobike hentikan operasi di S'pura; minta izin LTA untuk pulangkan lesen

Gambar fail basikal Mobike di kolong HDB. (Gambar: Elizabeth Khor)

Diterbitkan : 12 Mar 2019 03:30PM Dikemas Kini : 12 Mar 2019 03:33PM

SINGAPURA: Mobike semalam (11 Mac) membuat permohonan bagi mendapatkan keizinan untuk menyerahkan lesen khidmat basikal sewanya di Singapura. Berita itu disahkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Dalam kiriman emel bagi menjawab pertanyaan Mediacorp hari ini (12 Mac), LTA menyatakan ia sedang meneliti permohonan Mobike. LTA juga akan berurusan dengan syarikat itu bagi memastikan agar ia sudah menimbangkan semua pilihan, termasuk saranannya untuk memindahkan aset dan operasinya kepada para pemegang lesen sedia ada, bagi mengurangkan kesan terhadap para pengguna.

LTA menyatakan ia sudah memaklumkan Mobike bahawa jika permohonan untuk menyerahkan lesennya diluluskan, syarikat itu mesti mengundurkan diri dengan betul, dengan menarik balik semua basikal daripada tempat-tempat awam.

Selain itu, Mobike juga mesti memberikan pampasan kepada para pengguna yang sudah membuat bayaran cengkeram, mengikut terma dan syarat-syarat syarikat tersebut.

Mobike juga sudah menarik balik permohonan untuk mendapatkan lesen khidmat PMD sewa, serta permohonan bagi meningkatkan jumlah maksimum basikal sewa yang ditetapkan.

Pada Isnin (11 Mac), Mobike menyatakan ia akan mengundurkan diri daripada beberapa negara Asia serta menilai semula unitnya dalam pasaran luar negara.

Di bawah Akta Tempat Letak Kenderaan, lesen khidmat basikal sewa hanya boleh dikembalikan setelah mendapat keizinan bertulis daripada LTA.  

Sumber : CNA/AI/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan