Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Microsoft dedah konsol Xbox baru

Microsoft pada Ahad (9 Jun) mendedahkan kepada dunia permainan Xbox baru yang disasarkan dikeluarkan lewat tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Microsoft dedah konsol Xbox baru

(Gambar: Mark Ralston/AFP)

Diterbitkan : 10 Jun 2019 10:08AM Dikemas Kini : 10 Jun 2019 10:12AM

LOS ANGELES: Microsoft pada Ahad (9 Jun) mendedahkan kepada dunia permainan Xbox baru yang disasarkan dikeluarkan lewat tahun depan.

Ketua Xbox, Phil Spencer mendedahkan Projek Scarlett akan memberi pencipta permainan video "kuasa untuk menghidupkan visi kreatif mereka."

Tiada pelan harga didedahkan bagi permainan baru itu di acara gala menjelang pembukaan perhimpunan industri Electronic Entertainment Expo (E3).

Xbox baru itu dikatakan akan dikeluarkan bertepatan musim cuti Krismas pada 2020.

Xbox menghadapi persaingan sengit dari Sony, yang sedang menghasilkan Playstation generasi baru.

Xbox turut mengumumkan di acara E3 bahawa ia sedang menambah keupayaan bagi para pemain memuat turun permainan agar ia dapat dimainkan di telefon bimbit mereka dengan langganan Game Pass.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan