Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Menteri-menteri ekonomi ASEAN meterai perjanjian e-dagang pertama

Para menteri ekonomi dari ASEAN pada Isnin (12 Nov) memeterai satu perjanjian bagi mempermudahkan urus niaga e-dagang rentas sempadan negara-negara serantau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Nov 2018 01:47PM Dikemas Kini : 12 Nov 2018 09:58PM

SINGAPURA: Para menteri ekonomi dari ASEAN pada Isnin (12 Nov) memeterai satu perjanjian bagi mempermudahkan urus niaga e-dagang rentas sempadan negara-negara serantau.

Perjanjian itu, yang dimuktamadkan setelah sembilan pusingan rundingan sejak Jun lalu, adalah perjanjian pertama ASEAN berhubung e-dagang.

Selain mempermudahkan urus niaga e-dagang rentas sempadan, perjanjian yang baru ditandatangani itu bertujuan memupuk persekitaran berlandaskan kepercayaan dan keyakinan dalam penggunaan e-dagang. Demikian menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura Chan Chun Sing di acara pemeteraian yang diadakan di luar Mesyuarat Masyarakat Ekonomi ASEAN (AEC) ke-17.

Ia juga bertujuan memperdalam kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN bagi merangsang penggunaan e-dagang sebagai cara untuk memacu pertumbuhan ekonomi serantau. Menurut Encik Chan, ini boleh menjana urus niaga yang lebih pantas dan cekap di ASEAN.

Perniagaan-perniagaan boleh mendapat akses dan memindahkan data merentasi sempadan dengan lebih mudah, tertakluk kepada perlindungan sewajarnya, tambahnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan