Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Menteri Chan Chun Sing tekankan lagi hubungan ekonomi, dagangan kukuh S'pura-Amerika

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menegaskan lagi hubungan ekonomi yang kukuh dan lama terjalin antara Singapura dengan Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Mar 2019 08:05PM Dikemas Kini : 22 Mar 2019 10:41PM

WASHINGTON: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menegaskan lagi hubungan ekonomi yang kukuh dan lama terjalin antara Singapura dengan Amerika Syarikat.

Encik Chan berkata demikian semasa pertemuannya dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Steven Mnuchin dan Wakil Perdagangan negara itu, Robert Lighthizer.

Beliau sedang melakukan lawatan tiga hari ke Amerika.

Semasa pertemuan dengan Encik Mnuchin, Menteri Chan Chun Sing menegaskan lagi hubungan dagangan dan pelaburan yang rancak antara Singapura dengan Amerika.

Mereka juga bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan ekonomi dan bidang-bidang lain kerjasama.

Sementara itu, Encik Chan dan Encik Lighthizer membincangkan cara-cara bagaimana kedua-dua negara boleh mengukuhkan lagi hubungan dagangan dan meningkatkan kerjasama ekonomi dalam bidang-bidang kepentingan bersama.

Mengenai rundingan dagangan antara Amerika dengan China, Encik Chan berkata seluruh dunia sedang mengikuti dengan amat teliti bagaimana kedua-dua pihak boleh menghuraikan perbezaan mereka dan menegakkan sistem dagangan global. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan