Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Mediacorp, portal senarai hartanah 99.co meterai perjanjian kerjasama digital

Mediacorp dan portal penyenaraian hartahah 99.co memeterai satu perjanjian kerjasama strategik bagi meningkatkan pengalaman para pengguna dalam pencarian hartanah di platform online.

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp, portal senarai hartanah 99.co meterai perjanjian kerjasama digital

(Dari kiri) CEO Mediacorp Tham Loke Kheng, Ketua Pegawai Komersial dan Digital Mediacorp Parminder Singh, CEO 99.co Darius Cheung dan Ketua Pegawai Operasi 99.co Yan Phun.

Diterbitkan : 30 Aug 2018 10:32AM Dikemas Kini : 30 Aug 2018 11:32AM

SINGAPURA: Mediacorp dan portal penyenaraian hartahah 99.co memeterai satu perjanjian kerjasama strategik bagi meningkatkan pengalaman para pengguna dalam pencarian hartanah di platform online.

Perjanjian itu sekaligus menggabungkan jangkauan pengikut dan hubungan komersil Mediacorp dengan pangkalan senarai, kandungan dan alat analitik data 99.co bagi menghasilkan lebih banyak bahan berita dan maklumat berkaitan, untuk para pembeli, penjual dan ejen hartanah.

Sebagai sebahagian perjanjian itu juga, Mediacorp akan menyertakan kandungan hartanah 99.0 dalam portfolio aset-aset digitalnya.

Perjanjian yang berkuat kuasa mulai 1 September juga akan menyaksikan Mediacorp menjadi wakil eksklusif bagi semua penjualan media 99.co di Singapura. Di samping itu, Mediacorp juga mempunyai hak untuk mewakili portal hartanah tersebut dalam pasaran-pasaran utama luar Singapura secara bukan eksklusif.

"Kami gembira 99.co menjadi rakan kedua untuk menyertai Rangkaian Rakan Mediacorp (MPN), yang dilancarkan bagi membuka peluang-peluang baru bagi Mediacorp dan rakan-rakan kami," kata Ketua Pegawai Komersil dan Digital Mediacorp Parminder Singh.

MPN merupakan satu inisiatif yang menggabungkan Mediacorp dan rakan-rakan pertubuhan lain untuk bersama-sama meningkatkan pengalaman para pelanggan dan pengiklan di Singapura.

Aset digital Mediacorp termasuk lebih 50 produk dan jenama dalam empat bahasa (Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil) di pelbagai platform media, dari digital ke televisyen dan bahan cetak. Produk syarikat menjangkaui 99 peratus orang di Singapura setiap minggu, menurut Indeks Media Nielsen.

Dilancarkan pada 2015 di Singapura, portal penyenaraian hartanah 99.co merupakan laman hartanah terbesar di Singapura dan Indonesia, selepas berjaya memperoleh laman hartanah terbesar Indonesia, UrbanIndo.com, awal tahun lalu. Buat masa ini, ia menjangkaui lebih 22.5 juta bakal pembeli hartanah dalam kedua-dua pasaran setiap tahun.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan