Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Mediacorp jalin kerjasama dengan theAsianparent, Mothership dan Popcorn

Mediacorp mengumumkan tiga kerjasama komersil yang baru pada Jumaat (15 Nov) yang dijangka meluaskan lagi jangkauan penontonnya yang kini sebanyak 3.5 juta pengunjung lelaman setiap bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Nov 2019 10:31PM Dikemas Kini : 15 Nov 2019 11:48PM

SINGAPURA: Mediacorp mengumumkan tiga kerjasama komersil yang baru pada Jumaat (15 Nov) yang dijangka meluaskan lagi jangkauan penontonnya yang kini sebanyak 3.5 juta pengunjung lelaman setiap bulan.

Mediacorp akan menjadi wakil eksklusif bagi semua penjualan media tempatan secara langsung bagi tiga rakan industrinya yang baru.

Ini termasuk theAsianparent, sebuah platform yang menghasilkan kandungan keibubapaan serta masyarakat. Ia menjangkaui 1.2 juta pengguna di Singapura dan jutaan lagi pengguna lain dalam sebulan.

Laman Mothership juga turut serta dalam kerjasama baru ini. Dengan kandungan berita dan hiburan bagi golongan milenial, lebih dua pertiga penotonnya berusia antara 25 dengan 44 tahun.

Lamannya sendiri menarik lebih daripada 4.5 juta pengunjung unik setiap bulan.

Yang terakhir adalah Popcorn, platform filem wayang tempatan yang mendekati jumlah pengunjung terbesar yang menonton wayang.

Menurut Mediacorp, setiap dari rakan industrinya itu mempunyai pengkhususan yang kukuh.

Rakan-rakan industri Mediacorp akan bekerjasama dengan Mediacorp untuk memberikan huraian pemasaran kepada kliennya. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan