Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

McDonald's sediakan mainan Happy Meal mesra alam jelang 2025

McDonald's Corp menyatakan pada Selasa (21 Sep) ia akan mengurangkan dengan mendadak penggunaan plastik bagi lebih satu bilion permainan kanak-kanak yang dijual secara global setiap tahun menjelang hujung 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's sediakan mainan Happy Meal mesra alam jelang 2025

Logo McDonald's di luar sebuah cawangannya di New York, Amerika Syarikat, pada 22 Okt 2019.

Diterbitkan : 22 Sep 2021 08:06AM Dikemas Kini : 22 Sep 2021 08:07AM

REUTERS: McDonald's Corp menyatakan pada Selasa (21 Sep) ia akan mengurangkan dengan mendadak penggunaan plastik bagi lebih satu bilion permainan kanak-kanak yang dijual secara global setiap tahun menjelang hujung 2025.

Perubahan itu melibatkan penukaran patung kecil Batman yang diperbuat daripada plastik, misalnya, kepada yang diperbuat daripada puluhan kepingan kadbod yang boleh dicantumkan sendiri oleh kanak-kanak.

Lebih banyak permainan juga akan diperbuat daripada plastik dikitar semula atau yang berasaskan tumbuhan, menurut McDonald's. Perubahan itu akan membolehkan syarikat yang berpangkalan di Chicago itu untuk mengurangkan penggunaan plastik berasaskan bahan api fosil asli bagi Happy Meal sebanyak 90 peratus berbanding pada 2018.

McDonald's adalah antara rantaian restoran yang menyasarkan untuk mengurangkan bahaya alam sekitar daripada bungkusan dan produk-produk lain.

Burger King, sebuah unit Restaurant Brands International Inc, menyatakan pada 2019 ia akan berhenti memberikan permainan plastik percuma. Ia juga menyatakan pelanggan boleh memulangkan permainan plastik percuma sedia ada untuk dicairkan dan kemudian digunakan sebagai dulang serta barangan lain.

Pengarah Penduduk dan Kemampanan di Pusat bagi Kepelbagaian Biologi, Stephanie Feldstein, bagaimanapun berkata jika McDonald's benar-benar mahu menjadi lebih mampan, ia seharusnya mengurangkan jumlah daging lembu yang disajikan dan berhenti menangani masalah kemampanan hanya dengan melakukan perkara remeh."

McDonald's, yang mula menjual Happy Meal pada 1979, beralih kepada pengeluaran permainan lebih mampan di United Kingdom, Ireland dan Perancis pada 2018.

Tidak lama lagi, permainan serupa akan disediakan di lebih 100 negara yang menjual Happy Meal.

Di Amerika Syarikat, McDonald's sudahpun menggunakan beberapa permainan yang mampan termasuk buku dan kad koleksi Pokemon.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan