Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Maybank tawar kelonggaran kewangan kepada pelanggan terjejas virus korona baru

Maybank menawarkan kelonggaran dari segi kewangan kepada pelanggannya yang terjejas oleh penularan virus korona baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Maybank tawar kelonggaran kewangan kepada pelanggan terjejas virus korona baru

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Feb 2020 07:36PM Dikemas Kini : 11 Feb 2020 08:05PM

KUALA LUMPUR: Maybank menawarkan kelonggaran dari segi kewangan kepada pelanggannya yang terjejas oleh penularan virus korona baru.

Kelonggaran itu termasuk penstrukturan semula dan penjadualan semula pembiayaan, serta penangguhan ke atas bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan.

Dalam satu kenyataan hari ini (11 Feb), Maybank berkata kelonggaran tersebut akan dibuka kepada pelanggan perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta individu yang terjejas oleh situasi semasa.

Mereka akan dinilai berdasarkan kes demi kes.

“Kami faham kejadian yang berlaku secara tiba-tiba ini akibat penularan virus tersebut yang telah memberi kesan kepada sebahagian pelanggan kami dari pelbagai industri dan juga individu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Encik Abdul Farid Alias.

“Sebagai rakan kewangan mereka, kami ingin melaksanakan tugas kami dan membantu meringankan mereka daripada beban tambahan pada waktu sukar ini, seiring dengan misi kami untuk menginsankan perkhidmatan kewangan,” katanya.

Encik Farid berkata pelanggan yang terjejas dialu-alukan untuk menghubungi pegawai cawangan mereka atau pengurus perhubungan untuk membincangkan kemungkinan penyelesaian bagi mengatasi sebarang masalah kewangan yang mungkin sedang dihadapi mereka.

Selain itu, cabang insurans kumpulan Maybank, Etiqa akan menyediakan perlindungan hospital kepada pemegang polisi insurans hayat dan takaful keluarga yang jatuh sakit akibat virus itu.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan