Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Maybank S'pura lancar dana pertama patuh Syariah

Dana imbang patuh Syariah yang pertama dilancarkan di Singapura oleh Pengurusan Aset Maybank Singapura (MAMS) yang bertujuan untuk mencapai pembayaran dividen bulanan sebanyak 5 peratus setiap tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Maybank S'pura lancar dana pertama patuh Syariah

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Oct 2021 05:08PM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 05:10PM

SINGAPURA: Dana imbang patuh Syariah yang pertama dilancarkan di Singapura oleh Pengurusan Aset Maybank Singapura (MAMS) yang bertujuan untuk mencapai pembayaran dividen bulanan sebanyak 5 peratus setiap tahun.

Diberi nama Dana Islam - Pertumbuhan dan Pendapatan Maybank, ia turut menyasarkan pulangan bulanan sebanyak 6 hingga 7 peratus dengan mengambil pendekatan pengurusan aset yang aktif.

Dana Islam yang baru itu akan menawarkan gabungan sekuriti yang unik para pelabur - dari saham-saham Asia yang patuh Syariah, sukuk global serta Dana Pertukaran Dagang (ETF) bagi emas.

"Sejajar dengan misi Maybank untuk memanusiakan khidmat kewangan, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menawarkan khidmat yang lebih inklusif dan inovatif dari segi kewangan," kata ketua pegawai eksekutif MAMS Goh Keat Jin dalam kenyataannya.

Pelancaran dana itu juga merupakan satu lanjutan kepada usaha Maybank untuk memperluaskan huraian pengurusan harta kepada para pelabur, kata Encik Goh, sambil menambah "ini termasuk memenuhi matlamat pengumpulan harta dalam kalangan masyarakat Islam di Singapura, Malaysia dan Indonesia."

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan