Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Mata wang Yuan China junam ke paras terendah dalam 11 tahun

Nilai mata wang China pada Isnin (26 Ogos) merosot ke paras paling rendah dalam tempoh lebih 11 tahun sedang kebimbangan tentang perang dagangan dengan Amerika Syarikat dan kemungkinan kemelesetan ekonomi global berlaku, mula menjejas pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Mata wang Yuan China junam ke paras terendah dalam 11 tahun

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 26 Aug 2019 01:26PM Dikemas Kini : 26 Aug 2019 01:28PM

SHANGHAI: Nilai mata wang China pada Isnin (26 Ogos) merosot ke paras paling rendah dalam tempoh lebih 11 tahun sedang kebimbangan tentang perang dagangan dengan Amerika Syarikat dan kemungkinan kemelesetan ekonomi global berlaku, mula menjejas pasaran.

Nilai mata wang yuan jatuh ke 7.1487 berbanding dolar Amerika dalam dagangan Asia, iaitu paling lemah sejak 2008.

Ketegangan dagangan global semakin memuncak sejak beberapa hari lalu akibat langkah Amerika Syarikat dan China menaikkan tarif ke atas import satu sama lain dan gesaan Presiden Donald Trump kepada para peniaga Amerika supaya menarik diri dari pasaran China.

Mata wang yuan tidak boleh ditukar secara bebas dan pemerintah China menghadkan perubahan nilainya berbanding dolar kepada lingkungan dua peratus daripada nilai yang ditetapkan bank pusat setiap hari untuk mencerminkan trend pasaran dan mengawal ketidaktentuan.

People's Bank of China menetapkan kadar lebih lemah sejak beberapa minggu lalu dan menambatnya pada paras 7.057 berbanding dolar Amerika pada Isnin.

Membenarkan nilai yuan jatuh pada tahap lemah menjadikan eksport China lebih murah dan mengimbangi sebahagian beban tarif yang dikenakan Amerika Syarikat.

Nilai mata wang yuan mencecah paras 7.0 berbanding dolar awal bulan ini, beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan rancangan mengenakan tarif baru ke atas barangan import dari China mulai 1 September.

Langkah membenarkan yuan melemah ke bawah 7.0 menyebabkan Washington secara rasmi melabel Beijing sebagai melakukan "manipulasi mata wang".

Bank pusat China "secara tegas menolak" label itu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan