Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Masalah kurang cip global, pengeluaran iPhone 13 mungkin dikurangkan

Apple dilaporkan mungkin mengurangkan pengeluaran telefon bimbit iPhone 13 sehingga sebanyak 10 juta unit disebabkan masalah kekurangan cip di seluruh dunia, lapor Bloomberg News pada Selasa (12 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Masalah kurang cip global, pengeluaran iPhone 13 mungkin dikurangkan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Oct 2021 08:26AM Dikemas Kini : 13 Oct 2021 08:28AM

REUTERS: Apple dilaporkan mungkin mengurangkan pengeluaran telefon bimbit iPhone 13 sehingga sebanyak 10 juta unit disebabkan masalah kekurangan cip di seluruh dunia, lapor Bloomberg News pada Selasa (12 Okt).

Syarikat itu dijangka menghasilkan 90 juta unit model baru iPhone menjelang hujung tahun ini, menurut Bloomberg. Laporan itu menambah bahawa Apple memberitahu syarikat-syarikat pengeluarannya bahawa jumlah itu dikurangkan kerana pembekal cip termasuk Broadcom dan Texas Instruments menghadapi kesukaran untuk menghantar komponennya.

Saham Apple merosot 1.2 peratus dalam sesi dagangan selepas waktu pejabat, manakala saham Texas Instruments dan Broadcom masing-masing merosot sekitar 1 peratus.

Apple enggan mengulas laporan tersebut. Broadcom dan Texas Instruments pula tidak segera memberi respons kepada permintaan Reuters untuk mengulas perkembangan tersebut.

Pada Julai, Apple membuat unjuran pendapatan yang perlahan dan menyatakan kekurangan cip, yang mula menjejas keupayaannya untuk menjual komputer Mac dan iPads, turut akan menjejas pengeluaran iPhone.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan