Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS terima 21 permohonan lesen bank digital

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah menerima 21 permohonan bagi lesen bank digital. Permohonan ditutup pada 31 Dis 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jan 2020 04:43PM Dikemas Kini : 07 Jan 2020 09:41PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menerima 21 permohonan bagi lesen bank digital. Permohonan ditutup pada 31 Dis 2019.

Tujuh daripadanya adalah bagi lesen penuh bank digital sementara 14 permohonan diterima bagi lesen borong bank digital, menurut MAS dalam satu kenyataan media pada Selasa (7 Jan).

Para pemohon terdiri daripada firma-firma e-dagang, teknologi, telekomunikasi, teknologi kewangan dan institusi-institusi kewangan.

"Kebanyakan pemohon adalah konsortium, dengan para entiti memohon untuk menggabungkan kekuatan masing-masing bagi meningkatkan kedudukan nilai bank digital," menurut MAS.

Lima lesen yang ditawarkan termasuk dua lesen penuh bank digital dan tiga lesen borong bank digital.

Bank penuh digital akan dibenarkan mengambil deposit runcit sementara bank borong digital akan tertumpu kepada memenuhi keperluan syarikat-syarikat kecil dan sederhana serta segmen bukan runcit lain.

Bank-bank digital baru ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana anak syarikat yang layak, yang sudah menyediakan rangka kerja kawal selia sedia ada di bawah MAS.

MAS menyatakan "inisiatif penting" itu bermatlamat membolehkan "pemain bukan bank dengan kedudukan nilai kukuh dan model perniagaan digital inovatif untuk menawarkan khidmat perbankan".  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan