Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS ‘teliti' laporan sebut bank-bank S'pura terlibat urus niaga yang mungkin mencurigakan

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan pada Isnin (21 Sep) pihaknya sedang "mengkaji dengan teliti" laporan-laporan media yang menyebut bank-bank Singapura mungkin terlibat dalam urus niaga mencurigakan yang dimaklumkan kepada pihak berkuasa di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS ‘teliti' laporan sebut bank-bank S'pura terlibat urus niaga yang mungkin mencurigakan

(Gambar fail: Darren Whiteside/Reuters)

Diterbitkan : 22 Sep 2020 11:23AM Dikemas Kini : 22 Sep 2020 11:26AM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan pada Isnin (21 Sep) pihaknya sedang "mengkaji dengan teliti" laporan-laporan media yang menyebut bank-bank Singapura mungkin terlibat dalam urus niaga mencurigakan yang dimaklumkan kepada pihak berkuasa di Amerika Syarikat.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, MAS menambah bahawa pihaknya akan mengambil "tindakan wajar" berdasarkan hasil penilitiannya.

Pada hujung minggu lalu, laporan-laporan media yang menukil dokumen rahsia yang dibocorkan melaporkan bahawa bank-bank dunia telah mengendalikan lebih AS$2 trilion (S$2.72 trilion) urus niaga "mencurigakan" yang difailkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk hampir dua dekad.

Tiga bank tempatan - DBS, OCBC dan UOB - dinamakan dalam sampel urus niaga daripada dokumen itu, yang dipanggil "FinCEN Files".

MAS menyatakan pihaknya maklum bahawa bank-bank Singapura disebut dalam laporan-laporan media itu.

"Walaupun laporan urus niaga mencurigakan itu dengan sendirinya tidak menunjukkan urus niaga tersebut adalah haram, MAS memandang serius laporan tersebut," kata seorang jurucakap dalam jawapan menerusi emel.

"MAS sedang mengkaji dengan teliti maklumat dalam laporan-laporan media itu, dan akan mengambil tindakan yang wajar berdasarkan hasil penilaian kami. Rangka kerja kawal selia Singapura untuk memerangi pengubahan wang haram memenuhi piawai antarabangsa yang ditetapkan oleh Pasukan Bertindak Tindakan Kewangan," tambahnya.

Laporan-laporan media pada hujung minggu lalu sebahagiannya adalah berdasarkan dokumen-dokumen dibocorkan yang dipanggil laporan kegiatan mencurigakan (SAR) yang difailkan bank-bank dan institusi-institusi kewangan lain di Amerika Syarikat dengan Jaringan Penguatkuasaan Jenayah Kewangan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (FinCEN).

Laporan Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ), yang dihasilkan selepas siasatan selama 16 bulan, menyatakan bahawa SAR mengandungi maklumat yang menunjukkan urus niaga mencurigakan bernilai lebih AS$2 trilion (S$2.72 trilion) antara 1999 dengan 2017.

Keseluruhannya sebanyak 1,781 urus niaga dikendalikan menerusi Singapura, dengan aliran hampir AS$3 bilion (S$4.09 bilion) ke dalam negara ini dan penyaluran keluar sekitar AS$1.5 bilion (S$2.04 bilion), menurut peta oleh ICIJ.

DBS dan UOB masing-masing membentuk lebih 500 urus niaga yang "mungkin mencurigakan" ini, sementara OCBC mempunyai 62 urus niaga sedemikian antara 2000 dengan 2017.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan