Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS suntik S$42 juta sokong institusi kewangan tempatan bangunkan huraian teknologi

Institusi-institusi kewangan di negara ini boleh memanfaatkan lebih banyak geran bagi huraian teknologi setelah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memperuntukkan S$42 juta bagi usaha itu.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS suntik S$42 juta sokong institusi kewangan tempatan bangunkan huraian teknologi

Penguasa Kewangan Singapura. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 05:32PM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 05:39PM

SINGAPURA: Institusi-institusi kewangan di negara ini boleh memanfaatkan lebih banyak geran bagi huraian teknologi setelah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memperuntukkan S$42 juta bagi usaha itu.

Satu geran baru diperkenalkan untuk menyokong pelaksanaan huraian teknologi menerusi pembangunan dalam syarikat atau kerjasama komersil.

Syarikat-syarikat boleh mendapat dana sehingga S$75,000 atau S$300,000 bergantung kepada projek.

Geran Pemacu Digital (DAG) yang ada akan mendapat tambahan dana lagi S$30 juta. Geran DAG membantu syarikat-syarikat melaksanakan huraian digital untuk menangani kesan COVID-19.

Ini membawa jumlah keseluruhan di bawah skim DAG kepada S$65 juta.

Peningkatan tersebut menyusuli sambutan baik sejak DAG dilancarkan tahun lalu.

Firma-firma insurans hayat dan am yang mempunyai lebih 200 ejen kini layak untuk skim tersebut.

Menjelang akhir bulan lalu, MAS menerima lebih 1,100 permohonan daripada institusi-institusi kewangan dan syarikat-syarikat teknologi kewangan bagi geran-geran sedemikian.

Sumber : CNA/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan