Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS longgarkan dasar kewangan sedang ekonomi digugat kesan COVID-19

Penguasa Kewangan Singapura (MAS), melonggarkan dasar kewangan pada Isnin (30 Mac) selaras dengan jangkaan, sedang ekonomi digugat kesan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS longgarkan dasar kewangan sedang ekonomi digugat kesan COVID-19

(Gambar fail: Darren Whiteside/Reuters)

Diterbitkan : 30 Mar 2020 11:13AM Dikemas Kini : 30 Mar 2020 11:15AM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS), melonggarkan dasar kewangan pada Isnin (30 Mac) selaras dengan jangkaan, sedang ekonomi digugat kesan pandemik COVID-19.

Dalam kenyataan dasar kewangan separuh tahunan, MAS menyatakan bahawa dengan keadaan makroekonomi yang semakin buruk dan ramalan pertumbuhan ekonomi yang semakin lemah, jalur dasar kadar pertukaran berkesan nominal dolar Singapura (S$NEER) sudah "merosot ke paras lebih rendah sedikit daripada paras pertengahan jalur dasar".

"MAS akan menggunakan kadar sifar peratus setahun bermula pada paras S$NEER sekarang," tambahnya.

Tiada sebarang pertukaran dibuat kepada keluasan jalur dasar.

Ini menandakan langkah pelonggaran kedua berturut-turut oleh MAS setelah ia memperlahankan "sedikit" kadar kenaikan mata wang Singapura pada Oktober tahun lalu.

Tidak seperti bank pusat lain yang menyasarkan kadar faedah, MAS menggunakan kadar pertukaran sebagai kaedah dasar kewangan utama.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan