Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS lancar geran S$30 juta pertingkat keupayaan keselamatan siber sektor kewangan

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melancarkan geran $30 juta bagi meningkatkan keupayaan keselamatan siber dalam sektor kewangan, di samping membantu institusi-institusi kewangan membangunkan bakat dalam keselamatan siber.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2018 07:20PM Dikemas Kini : 03 Dec 2018 09:17PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melancarkan geran $30 juta bagi meningkatkan keupayaan keselamatan siber dalam sektor kewangan, di samping membantu institusi-institusi kewangan membangunkan bakat dalam keselamatan siber.

Dengan geran tersebut, institusi-institusi kewangan, yang membentuk kumpulan-kumpulan khusus untuk keselamatan siber di peringkat global dan di Singapura, akan menerima pendanaan sehingga 50 peratus. Ia bagi perbelanjaan yang diluluskan, sehingga jumlah maksimum $3 juta.

Institusi-institusi kewangan boleh memanfaatkan geran tersebut untuk menghantar para pekerja mereka bagi menghadiri program-program latihan yang berkaitan dengan keselamatan siber.

MAS menyatakan langkah itu akan menarik lebih ramai karyawan bidang keselamatan siber, serta meluaskan bekalan bakat tempatan dalam sektor tersebut.

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan