Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS kekalkan dasar kewangan, sejajar dengan unjuran pasaran

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini (12 Apr) mengekalkan dasar-dasar kewangannya yang berteraskan pertukaran mata wang, selepas mengetatkan dasar itu sebanyak dua kali tahun lalu. Langkah ini sejejar dengan unjuran pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS kekalkan dasar kewangan, sejajar dengan unjuran pasaran

Penguasa Kewangan Singapura. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 12 Apr 2019 11:51AM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 11:53AM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini (12 Apr) mengekalkan dasar-dasar kewangannya yang berteraskan pertukaran mata wang, selepas mengetatkan dasar itu sebanyak dua kali tahun lalu. Langkah ini sejejar dengan unjuran pasaran.

Dalam kenyataannya mengenai semakan dasar pertengahan tahun, bank pusat itu menyatakan ia akan mengekalkan kadar peningkatan nilai dolar mengikut kadar pertukaran berkesan nominal dolar Singapura (S$NEER) yang dikuatkuasakan sekarang.

"Pendirian itu sejajar dengan peningkatan nilai dolar Singapura yang sederhana dan konsisten, yang akan memastikan kestabilan harga bagi jangka masa pertengahan," menurut MAS.

Inflasi teras Singapura, yang dipantau dengan teliti oleh para pegawai bank pusat, merosot kepada 1.5 peratus pada Februari - iaitu yang terendah dalam tempoh sembilan bulan.

Unjuran awal yang dikeluarkan hari ini (12 Apr) menunjukkan bahawa ekonomi Singapura tumbuh dengan lebih perlahan, iaitu 1.3 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu di tengah-tengah penguncupan dalam sektor pengilangan.

Dalam semakan dasarnya, MAS menarik perhatian bahawa sumbangan sektor pengilangan kepada pertumbuhan GDP semakin merosot sejak enam bulan lalu. Ini mencerminkan putaran elektronik global yang kian matang dan ekonomi China yang semakin lembab.

Inflasi teras juga lebih rendah berbanding ramalan sebelum ini disebabkan oleh harga minyak yang melemah di seluruh dunia serta kesan ketara akibat melonggarkan pasaran runcit bekalan elektrik.

Oleh itu, MAS juga menurunkan ramalan inflasi teras bagi tahun ini kepada antara satu hingga dua peratus.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan