Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS ingatkan agar waspada terhadap ancaman siber cuba ambil peluang situasi virus korona

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengingatkan institusi-institusi kewangan agar terus berwaspada dari sudut keselamatan siber di tengah-tengah kes-kes "pelaku ancaman siber" mengambil kesempatan situasi virus korona baru untuk melakukan serangan penipuan, phishing dan perisian tebusan (ransomware).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Feb 2020 05:45PM Dikemas Kini : 09 Feb 2020 11:46PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengingatkan institusi-institusi kewangan agar terus berwaspada dari sudut keselamatan siber di tengah-tengah kes-kes "pelaku ancaman siber" mengambil kesempatan situasi virus korona baru (2019-nCoV) untuk melakukan serangan penipuan, phishing dan perisian tebusan (ransomware).

Dalam kenyataan media pada Ahad (9 Feb), MAS menyatakan pihaknya menerbitkan nasihat itu - yang ketiga seumpamanya sejak Januari - kepada institusi-institusi kewangan pada Jumaat, selepas Singapura menaikkan tahap amaran Sistem Respons Keadaan Penularan Penyakit (DORSCON) kepada Jingga.

Pihak berkuasa tersebut juga menasihatkan institusi-institusi kewangan agar mengambil langkah tambahan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Langkah-langkah tersebut termasuk membatalkan acara besar-besaran yang tidak penting dan membolehkan telekomunikasi atau membahagikan tempat kerja ke pasukan-pasukan berasingan.

MAS menyatakan institusi-institusi kewangan harus memastikan perkara-perkara berikut semasa menjalankan rancangan kesinambungan perniagaan:

  • Terus mengekalkan kawalan dalaman yang berkesan lintas operasi sekiranya aturan pengasingan pasukan dilaksanakan
  • Menjangka dan bersiap sedia untuk menangani peningkatan permintaan bagi khidmat kewangan tertentu, seperti pengeluaran wang tunai atau khidmat kewangan online
  • Maklumkan pelanggan dengan segera mengenai penawaran khidmat dan waktu operasi
  • Memantau dan menyokong semangat kakitangan

MAS turut menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai penipu yang menyamar sebagai pegawai pengesan hubungan MOH dan meminta maklumat kewangan daripada individu.

"MOH tidak meminta maklumat kewangan semasa panggilan mengesan hubungan," kata MAS.

Orang ramai boleh mengesahkan kesahihan panggilan telefon menerusi hotline MOH (6325 9220) jika mereka mempunyai sebarang keraguan mengenai identiti pemanggil, menurut MAS.

Pihak berkuasa tersebut menekankan pihaknya sedang "memantau dengan teliti" situasi virus korona "sentiasa berhubung dengan institusi-institusi kewangan untuk memastikan pelan kesinambungan perniagaan yang sewajarnya ditetapkan".


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan