Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS beri amaran: Perlu 'sangat berwaspada' jika anda labur dalam matawang kripto

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menggesa orang awam supaya "bertindak dengan sangat waspada" dan memahami "risiko-risiko besar" yang ditanggung jika mereka memilih untuk melabur dalam matawang kripto.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2017 07:29PM Dikemas Kini : 20 Dec 2017 10:13PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menggesa orang awam supaya "bertindak dengan sangat waspada" dan memahami "risiko-risiko besar" yang ditanggung jika mereka memilih untuk melabur dalam matawang kripto.

Dalam kenyataanya hari ini (18 Dis), MAS menyatakan: "MAS prihatin dengan orang awam yang tertarik untuk melabur dalam matawang kripto, seperti Bitcoin, kerana harganya kian meningkat.

"MAS mengingatkan orang ramai bahawa matawang kripto bukan wang sah (legal tender). Ia tidak dikeluarkan dari mana-mana pihak pemerintah dan tidak disokong sebarang aset atau pengeluar aset."

MAS menyatakan bahawa ia menganggap kenaikan harga matawang kripto didorong spekulasi, dan menambah bahawa risiko pemotongan harga yang besar ialah tinggi.

"Para pelabur dalam matawang kripto seharusnya sedar bahawa mereka menanggung risiko kehilangan kesemua modal mereka," MAS memberi amaran.

MAS turut menyatakan bahawa tiada kawal selia perlindungan di Singapura bagi pelaburan dalam matawang kripto. Para pelabur yang mengalami kerugian dalam pelaburan sedemikian tidak dapat bergantung kepada sebarang bentuk perlindungan perundangan yang ditadbirkan MAS.

"Jika tawaran untuk menjana keuntungan yang sangat tinggi kelihatan mencurigakan, ia sememangnya mencurigakan," kata MAS.

"Para pelabur harus menilai dengan teliti sama ada pelaburan dalam matawang kripto sesuai dengan objektif pelaburan dan risiko yang mampu ditanggung." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan