Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS bakal tubuh pejabat perwakilan China kedua di Shanghai tahun ini

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan menubuhkan pejabat perwakilan China yang kedua di kota Shanghai tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2020 05:34PM Dikemas Kini : 18 Jun 2020 10:25PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan menubuhkan pejabat perwakilan China yang kedua di kota Shanghai tahun ini.

Pejabat yang pertama di Beijing dibuka pada 2013.

Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat mengumumkan demikian hari ini (18 Jun) menerusi persidangan video di satu forum yang membincangkan kerjasama kewangan dan pembukaan lanjut pasaran di China.

Di tengah-tengah pandemik COVID-19, DPM Heng menarik perhatian, dunia telah sampai ke titik permulaan yang baru di mana banyak negara berkongsi kepakaran mengenai pembangunan vaksin.

Misalnya, penyambungan semula perjalanan perniagaan yang penting, menandakan saling kepercayaan dalam pengurusan kesihatan awam.

Kedua-dua negara dapat melakukan lebih banyak perkara dalam bidang kerjasama kewangan termasuk merapatkan jurang infrastruktur dengan projek-projek baru.

Encik Heng berkata terdapat juga potensi yang baik dalam kewangan "hijau dan digital" yang dapat memacu perubahan lebih mampan dan meningkatkan akses kepada pembiayaan. 

Sumber : CNA/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan