Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS, ACRA semak akaun Hyflux jika langgar peraturan

Para pengawal selia Singapura berkata pada Selasa (16 Apr) bahawa mereka sudah memulakan semakan ke atas Hyflux untuk melihat sama ada syarikat rawatan air itu melanggar sebarang peraturan.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS, ACRA semak akaun Hyflux jika langgar peraturan

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 16 Apr 2019 09:28PM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 09:31PM

SINGAPURA: Para pengawal selia Singapura berkata pada Selasa (16 Apr) bahawa mereka sudah memulakan semakan ke atas Hyflux untuk melihat sama ada syarikat rawatan air itu melanggar sebarang peraturan.

Dalam respons bersama kepada pertanyaan Mediacorp, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) dan peraturan Bursa Singapura menyatakan mereka sedang "menyemak semula isu pengisytiharan maklumat yang berkaitan dengan Hyflux serta pematuhan terhadap piawai perakaunan dan pengauditan untuk menentukan jika terdapat pelanggaran berhubung harga saham dan/atau undang-undang serta peraturan yang relevan."

Ini merupakan satu perkembangan terkini dalam kes penyusunan semula hutang berprofil tinggi melibatkan Hyflux. Ia bermula pada Mei tahun lalu dan sedari itu terpalit perkembangan yang tidak dijangka termasuk bantahan oleh para pelabur runcit.

Awal bulan ini juga, Hyflux menamatkan satu perjanjian dengan SM Investments secara mengejut dengan menyatakan bahawa ia "tidak mempunyai keyakinan" terhadap konsortium Indonesia tersebut untuk memuktamadkan pelaburan bernilai S$530 juta yang dimeterai pada Oktober tahun lalu.

Hal itu berikutan pertikian yang berlarutan selama berminggu-minggu, melibatkan pendedahan maklumat dan dakwaan gagal melunaskan pinjaman oleh loji-loji penyulingan yang dikendalikan oleh Hyflux. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan