Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Malindo Air bakal mulakan penerbangan dua hala ke Kota Bahru, Kelantan, Langkawi

Syarikat penerbangan Malindo Air dijangka memulakan dua laluan baru ke Kota Bharu, Kelantan dan Langkawi, Kedah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam pada 1 Mac depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Malindo Air bakal mulakan penerbangan dua hala ke Kota Bahru, Kelantan, Langkawi

Gambar fail. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 07 Feb 2019 10:29AM Dikemas Kini : 07 Feb 2019 04:45PM

MELAKA: Syarikat penerbangan Malindo Air dijangka memulakan dua laluan baru ke Kota Bharu, Kelantan dan Langkawi, Kedah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam pada 1 Mac depan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Encik Mohd Sofi Abdul Wahab berkata penerbangan dua hala itu akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada Rabu, Jumaat dan Ahad.

Beliau berkata inisiatif Malindo Air itu dilihat dapat membantu kerajaan negeri meningkatkan industri pelancongan Melaka sekali gus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri bersejarah ini sempena Tahun Melawat Melaka 2019.

"Berita ini sudah disahkan pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad dan Malindo Air di LTAM dan ia amat ditunggu-tunggu rakyat Melaka dan orang awam yang ingin ke destinasi tersebut dengan mudah serta menjimatkan masa," katanya ketika sidang media, semalam (6 Feb).

Sebelum ini Malindo Air pernah menawarkan laluan ke Kota Bharu dari LTAM namun ia dihentikan kerana syarikat berkenaan kekurangan pesawat dan sehingga kini, Malindo Air menawarkan penerbangan destinasi ke Pekan Baru, Indonesia dan Pulau Pinang dari LTAM.

Encik Mohd Sofi berkata penambahan laluan oleh Malindo Air menerusi LTAM dilihat sebagai langkah positif menarik lebih banyak syarikat penerbangan untuk beroperasi di lapangan terbang itu dan kerajaan negeri menyediakan pelbagai insentif untuk mereka sebagai galakan dan komitmen yang diberikan.

"Selepas ini, kita berharap Air Asia dapat membuka sekurang-kurangnya satu laluan berpontensi antaranya ke Langkawi, Pulau Pinang, Pekan Baru dan Bandar Seri Begawan, Brunei dari LTAM selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri memerlukan komitmen dan kerjasama berterusan daripada pelbagai pihak terutama pemain industri pelancongan di Melaka untuk menarik kedatangan pelancong menerusi sektor penerbangan yang ditawarkan di LTAM.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan