Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Malaysia Airlines kecualikan bayaran tukar tarikh penerbangan akibat COVID-19

Malaysia Airlines Bhd memperkenalkan dasar perubahan ke atas tiket penerbangan yang paling fleksibel, menawarkan pengubahsuaian tanpa had dan percuma kepada semua tempahan baru dan sedia ada.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia Airlines kecualikan bayaran tukar tarikh penerbangan akibat COVID-19

Gambar fail logo Malaysia Airlines. (Gambar: Greg Wood/AFP)

Diterbitkan : 14 Mar 2020 02:28PM Dikemas Kini : 14 Mar 2020 02:30PM

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd memperkenalkan dasar perubahan ke atas tiket penerbangan yang paling fleksibel, menawarkan pengubahsuaian tanpa had dan percuma kepada semua tempahan baru dan sedia ada.

Ia berkuat kuasa serta-merta berikutan kesan penularan COVID-19.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata, semua pelanggan boleh memanfaatkan perubahan tanpa had bagi tarikh penerbangan mereka dengan pengecualian bayaran perubahan tarikh dan mereka juga boleh mengubah suai destinasi, dengan sebarang perbezaan tambang akan dikenakan.

“Dasar ini terpakai bagi tiket yang dikeluarkan pada dan sebelum 31 Mac 2020. Semua tempahan semula perlu dibuat pada atau sebelum 31 Mei, 2020. Perjalanan balik bagi tempahan semula itu perlu dibuat sebelum atau pada 31 Disember 2020,” menurut syarikat itu menerusi kenyataan hari ini.

Malaysia Airlines menyatakan, tempahan semula perlu dibuat di Pejabat Jualan Tiket Malaysia Airlines atau menerusi Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines di talian 1-300-88-3000 (di Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia) selain melalui ejen yang dilantik Malaysia Airlines.

Selain itu, penumpang yang ingin berlepas lebih awal pada hari berlepas yang sama boleh berbuat demikian, dan ia bagi perjalanan di antara 13 Mac hingga 21 Mei 2020, tertakluk kepada kebolehsediaan, menurut Malaysia Airlines. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan