Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Makino lancar kilang bijak $100 juta di S'pura, bantu pacu penghasilan

Syarikat pengeluar mesin dari Jepun, Makino, hari ini (11 Apr) merasmikan kilang bijaknya bagi rantau Asia bernilai $100 juta di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Apr 2019 08:38PM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 08:45PM

SINGAPURA: Syarikat pengeluar mesin dari Jepun, Makino, hari ini (11 Apr) merasmikan kilang bijaknya bagi rantau Asia bernilai $100 juta di Singapura.

Dilengkapi dengan pelbagai mesin teknologi tinggi, syarikat itu berharap dapat melipatgandakan penghasilannya dalam beberapa tahun akan datang.

Jentera yang diaktifkan oleh suara dan mesin robotik yang tidak dikendalikan manusia sehingga 48 jam adalah antara peralatan yang dihasilkan kilang Makino.

Kilang bijak itu adalah sebahagian daripada usaha pendigitalan syarikat itu dalam sektor pengilangan.

Satu lagi ciptaan bijak adalah "kaca mata realiti maya", yang memberi gambaran tentang operasi kilang di luar negara. Ia membolehkan para pekerja bertindak balas kepada situasi seperti memperbaiki kerosakan teknikal, di mana sahaja mereka berada.

"Kejayaan kilang bijak bergantung bukan sahaja kepada berapa banyak wang yang dilaburkan, bukan sahaja pelaburan dalam teknologi," kata Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan, Dr Koh Poh Koon.

Semasa merasmikan kilang tersebut, Dr Koh berkata selain mesin-mesin canggih, kejayaan sesebuah syarikat itu juga terletak pada tenaga kerja yang mempunyai pemikiran dan kemahiran yang betul untuk mendakapi transformasi.

Makino juga menjalankan kursus-kursusnya sendiri bagi meningkatkan kemahiran para pekerjanya dalam teknologi digital dan mengendalikan peralatan automatik. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan