Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Mahkamah Tinggi lanjutkan moratorium hutang Hyflux hingga 30 Apr

Mahkamah Tinggi pada Khamis (20 Feb) melanjutkan moratorium hutang syarikat rawatan air Hyflux selama dua bulan lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Tinggi lanjutkan moratorium hutang Hyflux hingga 30 Apr

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 20 Feb 2020 05:04PM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 05:07PM

SINGAPURA: Mahkamah Tinggi pada Khamis (20 Feb) melanjutkan moratorium hutang syarikat rawatan air Hyflux selama dua bulan lagi.

Moratorium itu bertujuan memberi ruang kepada syarikat tersebut menangguhkan bayaran kepada pemiutang sehingga 28 April, kini dilanjutkan hingga 30 April sepertimana yang dipohon oleh Hyflux.

Tarikh perbicaraan mahkamah seterusnya bagi Hyflux ditetapkan pada 10 Mac, di mana Hyflux akan memohon kebenaran untuk mengadakan mesyuarat untuk meluluskan skim aturan bayaran dengan para pemiutang.

Hyflux yang diwakili penasihat guaman yang baru dilantik dari Clifford Chance and Cavenagh Law, menyatakan ia merancang untuk mengadakan mesyuarat bersama pemiutang pada 17 April dan mengeluarkan makluman kepada pemegang saham selewat-lewatnya 23 April.

Pihaknya berhasrat memohon kebenaran mahkamah selewat-lewatnya pada 28 April untuk meneruskan pelan yang dipersetujui dengan pelabur penyelamat iaitu firma perbekalan tenaga dan air dari Amiriah Arab Bersatu, Utico.

Lanjutan tempoh moratorium itu tidak dibantah mana-mana pihak yang terlibat.

Ia merupakan kali kesembilan Hyflux melanjutkan tempoh penangguhan bayaran hutang itu sejak memohon perlindungan mahkamah pada Mei 2018 untuk menyusun semula perniagaannya serta hutang-hutangnya.

Hyflux kini dalam fasa terakhir memuktamadkan perjanjian S$400 juta yang ditandatangani dengan Utico November lalu.

Sejak itu, dua calon pelabur baru tampil dengan tawaran masing-masing. Yang pertama merupakan pelabur yang kurang dikenali bernama Aqua Munda yang menawarkan pada Disember untuk membeli sekitar S$1.8 bilion daripada hutang Hyflux.

Calon pelabur penyelamat kedua pula adalah syarikat berasaskan di Singapura bernama Longview International Holdings yang pada Rabu melahirkan hasrat untuk melabur ke dalam Hyflux bersama syarikat rakan kongsi dari China.

Ditanya oleh Hakim Aedit Abdullah jika tawaran calon baru itu akan menyebabkan sebarang perubahan pada rancangannya, Encik Nish Shetty dari Clifford Chance berkata bahawa surat dari Longview adalah "sangat baru" dan "terlalu awal" untuk menentukan jika pelabur itu mempunyai usulan yang kukuh untuk dipertimbangkan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan