Images
  • grab
    (Gambar fail: Edgar Su/Reuters)

M'sia usul Grab didenda RM86 juta atas amalan anti-persaingan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mencadangkan agar Grab didenda RM86,772,943.76 (S$28.6 juta) kerana melanggar undang-undang persaingan.

BH Online melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail sebagai berkata, Grab yang berpangkalan di Singapura, turut dikenakan denda kewangan harian sebanyak RM15,000 (S$4,952) bermula Khamis (3 Okt) sekiranya syarikat tersebut gagal mengambil tindakan pembetulan seperti diarahkan MyCC untuk menangani isu persaingan berkaitan.

Beliau menambah Grab didapati menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui pengenaan beberapa klausa yang membataskan pemandunya daripada mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada pesaing Grab, dalam perkhidmatan kereta sewa serta pasaran pengiklanan media transit.

“Grab diberi 30 hari bermula hari ini untuk memberikan perwakilan mereka kepada MyCC,” kata Encik Iskandar kepada BH Online.

Beliau menambah sejak penggabungan Grab dan Uber pada Mac 2018, MyCC menerima banyak aduan terhadap Grab.
 

- Agensi berita/FZ/fz

Top