Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

M'sia siasat peranan firma audit dalam skandal 1MDB

Badan kawal selia sekuriti Malaysia menyatakan pada Sabtu (26 Jan) bahawa ia sedang meneliti tingkah laku para juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana milik negara yang kehilangan berbilion dolar kerana skandal yang berlaku di bawah kepimpinanan kerajaan sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia siasat peranan firma audit dalam skandal 1MDB

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 27 Jan 2019 10:22PM Dikemas Kini : 27 Jan 2019 10:26PM

KUALA LUMPUR: Badan kawal selia sekuriti Malaysia menyatakan pada Sabtu (26 Jan) bahawa ia sedang meneliti tingkah laku para juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana milik negara yang kehilangan berbilion dolar kerana skandal yang berlaku di bawah kepimpinanan kerajaan sebelumnya.

"Semakan oleh Suruhanjaya Sekuriti terhadap juruaudit berhubung audit-audit 1MDB masih lagi berterusan," menurut badan kawal selia tersebut dalam satu kenyataan emel kepada Reuters, tanpa mendedahkan firma-firma yang terlibat.

Kenyataan itu dikeluarkan menyusuli laporan South China Morning Post pada Jumaat yang menukil beberapa sumber menyatakan bahawa badan pengawalan itu sedang menyemak semula tugas yang dilaksanakan oleh juruaudit antarabangsa KPMG dan Deloitte untuk melihat sama ada mereka "membantu dan bersubahat dalam skandal itu, atau hanya bersikap cuai".

KPMG dan Deloitte tidak memberi sebarang respons apabila Reuters meminta mereka mengulas.

Apabila semakan itu selesai, Suruhanjaya Sekuriti dan Lembaga Pengawasan Audit "akan meneliti dapatan dan mempertimbangkan tindakan wajar seterusnya", menurut bdan pengawalan itu.

1MDB menjadi tumpuan siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika Syarikat dan Malaysia. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mendakwa bahawa lebih AS$4.5 bilion (S$6 bilion) dicuri daripada 1MDB oleh pegawai-pegawai kanan dana itu dan pihak-pihak bersekutu mereka antara 2009 dengan 2014.

Deloitte ditugaskan untuk menjalankan audit penyata kewangan 1MDB bagi 2013 dan 2014, sebelum ia melepaskan tugas sebagai juruaudit dana itu pada awal 2016.

Ia mengambil alih setelah 1MDB memecat juruaudit sebelumnya, KPMG dan Ernst & Young, menurut pihak berkuasa. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan