Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Lockheed Martin tarik diri dari Pertunjukan Udara S'pura atas kebimbangan virus korona

Pengeluar senjata Amerika Syarikat, Lockheed Martin mengumumkan pada Jumaat (7 Feb) pihaknya tidak akan mengambil bahagian dalam Pertunjukan Udara Singapura minggu depan atas kebimbangan virus korona.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Feb 2020 12:53PM Dikemas Kini : 08 Feb 2020 11:52PM

WASHINGTON: Pengeluar senjata Amerika Syarikat, Lockheed Martin mengumumkan pada Jumaat (7 Feb) pihaknya tidak akan mengambil bahagian dalam Pertunjukan Udara Singapura minggu depan atas kebimbangan virus korona.

"Menyusuli pengumuman 7 Feb Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengenai peningkatan tahap amaran kesihatan ke Kod Jingga, kami berunding dengan pemerintah Amerika Syarikat dan pasukan perubatan kami dan memutuskan untuk tidak menyertai Pertunjukan Udara Singapura," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

"Kami memutuskan ini adalah langkah terbaik buat pekerja kami dan sejajar dengan keputusan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk mengurangkan kehadirannya," katanya.

Terdahulu pada Jumaat, sumber-sumber yang mengikuti perkembangan tersebut berkata Pentagon akan mengurangkan saiz rombongan yang akan melakukan perjalanan ke pameran udara itu.

Ellen Lord, ketua pemerolehan senjata Pentagon, kini tidak akan menghadiri acara itu sebagai wakil utama Pentagon, menurut sumber-sumber itu. Pemimpin Pentagon lain termasuk pegawai tentera berseragam masih merancang untuk hadir.

Acara pameran itu akan diteruskan minggu depan, namun pihak penganjur sedang menimbangkan untuk menghadkan pelawat awam, menurut Singapura pada Jumaat, sedang negara itu melaporkan tiga lagi kes virus korona yang menurut pihak berkuasa, belum lagi dapat dikaitkan dengan kes jangkitan sebelum ini atau lawatan ke China.

Kes-kes baru virus itu meningkatkan jumlah jangkitan di Singapura ke 33 dengan tahap amaran yang dinaikkan ke Jingga. Ini menandakan keadaan penyakit yang serius dan mudah berjangkit sesama manusia. Merah - tahap amaran tertinggi - menandakan ia merebak secara meluas.

Bahagian perdagangan pameran tersebut, yang diadakan setiap dua tahun, akan bermula pada 11 Feb.

Pengeluar jet komersil, Bombardier, Textron dan divisyen Gulfstream syarikat General Dynamics adalah antara syarikat lain yang telah menarik diri dari pameran itu.

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan