Images
  • lcr
    Perniagaan Uber di Singapura berakhir dengan penjualan anak syarikatnya, Lion City Rentals. (Gambar: Lion City Rentals/Facebook) 

Lion City Rentals dijual kepada WayDrive Holdings

SINGAPURA: Lion City Rentals, yang merupakan anak syarikat khidmat kereta sewa Uber, sudah dijual kepada syarikat kenderaan WayDrive Holdings.

Uber mengumumkan mengenai penjualan tersebut pada Jumaat (4 Jan) menerusi laman web syarikat itu.

Penjualan syarikat penyewa kereta itu juga menandakan berakhir sudah perniagaan Uber di negara ini. Aplikasi Uber berhenti beroperasi di sini pada Mei tahun lalu.

Dalam kiriman emel yang dihantar kepada para kakitangan Lion City Rentals dan Uber, mereka diberitahu bahawa Lion City Rentals dijual bagi "menampung keadaan pasaran pengangkutan mengikut permintaan yang semakin meningkat" di Singapura.

WayDrive Holdings akan mengambil alih sepenuhnya perniagaan syarikat Lion City Rentals, termasuk para pekerja, pemandu dan rakan kongsinya.

Menurut laporan baru-baru ini, Lion City Rentals mempunyai kira-kira 10,000 kereta.

- CNA/SS/ai

Top