Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Lima bank berdepan tindakan penguatkuasaan isu manipulasi mata wang

Bank pelaburan antarabangsa Barclays, JPMorgan, RBS, UBS dan Citigroup disaman oleh para pelabur atas dakwaan manipulasi pasaran tukaran wang asing.

Anggaran Waktu Membaca:
Lima bank berdepan tindakan penguatkuasaan isu manipulasi mata wang

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Jul 2019 08:12PM Dikemas Kini : 30 Jul 2019 01:27AM

LONDON: Bank pelaburan antarabangsa Barclays, JPMorgan, RBS, UBS dan Citigroup disaman oleh para pelabur atas dakwaan manipulasi pasaran tukaran wang asing.

Tuntutan itu dianggar bernilai lebih 1 bilion pounds (S$1.7 bilion), dan difailkan di Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) hari ini (29 Jul), menurut syarikat guaman Amerika Syarikat yang membuat tuntutan tersebut.

Beberapa bank pelaburan terbesar di dunia telah membuat bayaran denda lebih daripada AS$11 bilion (S$15.08 bilion) keseluruhan untuk menyelesaikan tuduhan bahawa pasaran mata wang dimanipulasi pedagang di Eropah, Britain dan Amerika Syarikat.

Para peguam berharap dapat mencapai kejayaan yang serupa di Britain seperti mana tuntutan tindakan terhadap bank-bank di Amerika Syarikat termasuk Goldman Sachs, HSBC dan Barclays, menghasilkan bayaran penyelesaian bernilai AS$2.3 bilion (S$3.2 bilion) bagi pelabur besar.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan