Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

LG Electronics tamatkan pengeluaran dan penjualan telefon bijak

Syarikat Korea Selatan LG Electronics menyatakan pada Isnin (5 Apr) bahawa ia akan menamatkan penghasilan dan penjualan telefon bijak yang menanggung kerugian.

Anggaran Waktu Membaca:
LG Electronics tamatkan pengeluaran dan penjualan telefon bijak

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 Apr 2021 12:16PM Dikemas Kini : 05 Apr 2021 12:20PM

SEOUL: Syarikat Korea Selatan LG Electronics menyatakan pada Isnin (5 Apr) bahawa ia akan menamatkan penghasilan dan penjualan telefon bijak yang menanggung kerugian.

Pada Januari lalu, LG mengumumkan ia sedang mempertimbangkan semua pilihan bagi perniagaan itu setelah mencatat kerugian sekitar AS$4.5 bilion (S$6 bilion) dalam hampir enam tahun.

Rundingan untuk menjual sebahagian daripada perniagaan itu kepada syarikat Vietnam Vingroup pula gagal kerana perbezaan pendapat tentang syarat-syarat, menurut sumber yang mengetahui tentang perkara itu.

Antara yang awal memasarkan telefon bimbit canggih, LG muncul sebagai pembuat telefon bijak ketiga terbesar di dunia pada separuh pertama 2013 selepas Samsung Electronics dan Apple.

Namun selepas itu, model-model keluaran seterusnya mengalami masalah sofwe dan perkakasan serta kemas kini sofwe lebih perlahan yang menyebabkan tarikan jenamanya semakin merosot.

Para penanalisis juga mengkritik syarikat itu kerana mempunyai kurang kepakaran dari segi pemasaran berbanding para pesaing dari China.

Walaupun LG kini adalah jenama ketiga terbesar di Amerika Utara dan nombor lima di Amerika Latin mengikut bahagian pasaran, secara global, bahagiannya adalah hanya sekitar dua peratus. Ia menghantar 23 juta telefon bimbit tahun lalu berbanding 256 juta telefon bimbit yang dikeluarkan oleh Samsung, menurut penyedia kajian Counterpoint.

Perniagaan itu juga adalah yang paling kecil daripada kelima-lima perniagaan LG, menyumbang kepada hanya 7.4 peratus pendapatan pada suku keempat.

LG dijangka terus menggunakan teknologi mudah alih dalam perniagaan perkakas rumah dan perniagaan bahan kenderaan yang semakin maju. Pada lewat tahun lalu, ia melancarkan kerjasama dengan penyedia kenderaan bermotor Magna International yang akan mencipta komponen-komponen utama bagi kereta-kereta elektrik.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan