Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Lesen ofo dibatalkan, gagal tepati tarikh akhir alihkan basikal

Lesen syarikat khidmat basikal sewa China, ofo, dibatalkan pada Isnin (22 Apr) setelah ia gagal menepati tarikh akhir untuk mengalihkan basikal-basikalnya dari tempat awam di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Lesen ofo dibatalkan, gagal tepati tarikh akhir alihkan basikal

Basikal-basikal ofo di Singapura. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 22 Apr 2019 08:13PM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 08:16PM

SINGAPURA: Lesen syarikat khidmat basikal sewa China, ofo, dibatalkan pada Isnin (22 Apr) setelah ia gagal menepati tarikh akhir untuk mengalihkan basikal-basikalnya dari tempat awam di Singapura.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah mengeluarkan notis untuk menyatakan niat membatalkan lesen ofo kepada syarikat itu pada 3 April lalu.

"Memandangkan ofo tidak memberikan penjelasan yang mencukupi kepada LTA tentang mengapa lesennya tidak patut dibatalkan, LTA membatalkan lesen operasi basikal sewa ofo pada 22 April," kata seorang jurucakap LTA.

"Ofo tidak akan dapat menawarkan khidmat perkongsian basikal tanpa dok di tempat-tempat awam tanpa lesen tersebut."

LTA menggantung lesen ofo pada 14 Februari setelah ia gagal mematuhi peraturan-peraturan kawal selia dan mengarahkan syarikat itu untuk memindahkan basikal-basikalnya selewat-lewatnya pada 13 Mac.

Selain gagal untuk memastikan basikal-basikalnya diletakkan dalam kawasan yang ditetapkan dengan menggunakan sistem kod QR, ofo juga gagal mengurangkan jumlah peruntukan basikalnya kepada saiz maksimum 10,000 meskipun sudah beberapa kali diberi amaran, kata LTA pada Mac lalu.

Tarikh akhir dilanjutkan ke 28 Mac setelah ofo memberitahu LTA bahawa ia dalam "peringkat rundingan lanjut" untuk menjadi rakan bersama pihak lain bagi menyambung semula operasi dan memenuhi syarat-syarat perlesenannya. Ofo bagaimanapun tidak mematuhi peraturan-peraturan kawal selia walaupun tarikh akhir sudah dilanjutkan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan