Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Lebih sokongan bagi firma sektor kejuruteraan jitu jalin perkongsian, perdalam keupayaan

Firma-firma dalam ekosistem kejuruteraan jitu akan mendapat lebih sokongan untuk memperdalam keupayaan, dengan penambahbaikan pada skim yang bertujuan memupuk kerjasama antara perniagaan tempatan yang diumumkan pada Isnin (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih sokongan bagi firma sektor kejuruteraan jitu jalin perkongsian, perdalam keupayaan

(Gambar: MTI)

Diterbitkan : 16 Nov 2020 03:04PM Dikemas Kini : 16 Nov 2020 03:05PM

SINGAPURA: Firma-firma dalam ekosistem kejuruteraan jitu akan mendapat lebih sokongan untuk memperdalam keupayaan, dengan penambahbaikan pada skim yang bertujuan memupuk kerjasama antara perniagaan tempatan yang diumumkan pada Isnin (16 Nov).

Di bawah skim Perkongsian bagi Transformasi Keupayaan (PACT) yang dipertingkatkan, firma-firma dapat meraih lebih manfaat daripada tambahan sokongan kewangan bagi menampung kos-kos tertentu meliputi ruang lingkup yang diperluas sehingga Mac 2022.

Bercakap di luar acara lawatan ke firma kejuruteraan jitu Rohde & Schwarz, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata langkah itu adalah penting kerana sektor itu adalah peluang cerah dengan "prospek pertumbuhan yang besar", sewaktu dan menjangkaui COVID-19.

"Dalam tahun-tahun mendatang, dengan kemunculan teknologi 5G, Internet Kebendaan (IoT) dan semua penemuan baru yang kita lihat dalam bidang tekonologi akan memerlukan penggunaan banyak kejuruteraan jitu di sebalik tabir," katanya sambil menambah sektor-sektor seperti bioperubatan juga akan memanfaatkan bidang itu.

"Ini sebabnya kami giatkan usaha untuk terus membantu syarikat-syarikat dalam sektor ini - untuk terus berkembang bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk produk dan khidmat sedemikian," kata Encik Chan.

Dengan matlamat menjadikan Singapura sebuah hab kejuruteraan jitu di rantau ini, skim PACT akan dipertingkatkan bagi membantu syarikat-syarikat menjalinkan lebih banyak perkongsian.

Perubahan itu akan membantu pengilang peralatan asal membangunkan rantaian bekalan yang lebih pelbagai dan berdaya tahan, sementara para pembekal tempatan dapat memperdalam keupayaan dan menambah pendapatan mereka, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan