Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Lebih separuh penjaja S'pura kini tawar khidmat e-bayaran

Lebih separuh penjaja di Singapura kini menawarkan kaedah pembayaran elektronik, dengan urus niaga bulan lalu berkembang empat kali ganda sejak bulan Jun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Feb 2021 02:54PM Dikemas Kini : 19 Feb 2021 10:19PM

SINGAPURA: Lebih separuh penjaja di Singapura kini menawarkan kaedah pembayaran elektronik, dengan urus niaga bulan lalu berkembang empat kali ganda sejak bulan Jun.

Ini membentuk sekitar 10,000 pemilik gerai, dedah Enterprise Singapore (ESG), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Pejabat Digital SG (SDO) pada Jumaat (19 Feb) dalam satu kenyataan media bersama.

Jumlah urus niaga dan nilai bagi Januari tahun ini masing-masing melepasi 1.2 juta dan S$14 juta buat julung-julung kalinya.

Ini adalah peningkatan empat kali ganda berbanding Jun 2020 semasa program Hawkers Go Digital dilancarkan. Lebih 7,400 pemilik gerai juga sudah menerima bonus bayaran elektronik, tambah agensi-agensi tersebut.

Sasaran Program Hawkers Go Digital adalah untuk mendampingi dan menggalak seramai 18,000 pemilik gerai untuk memanfaatkan Huraian e-Bayaran Bersepadu menjelang Jun 2021. Para pegerai akan menerima bonus e-bayaran S$300 bagi tempoh sehingga lima bulan bagi setiap bulan mereka berhasil meraih sekurang-kurangnya 20 urus niaga.

Untuk memberikan lebih banyak masa kepada mereka yang belum memanfaatkan kaedah e-bayaran untuk menggunakan bonus e-bayaran, tempoh kelayakannya dilanjutkan dari 31 Dis 2020 sehingga 31 Mei 2021.

Para pegerai akan akan mendapat ansuran bulanan sebanyak S$300 jika mereka memenuhi sekurang-kurangnya 20 transaksi sekurang-kurangnya S$1 setiap bulan sebelum 31 Mei tahun ini. Semua bonus tetap akan dibayar sebelum 30 Jun 2021.

ESG, IMDA dan SDO juga menyatakan bahawa cabutan bertuah 'Go Digital Scan Pay Win' sudah dilanjutkan sehingga 20 Apr 2021 untuk menggalak lebih ramai pelanggan supaya menyokong para pegerai dengan menggunakan pembayaran elektronik bagi pembelian mereka. Kempen itu dilancarkan buat julung-julung kalinya pada November tahun lalu.

IMDA dan SDO menambah bahawa mereka sudah bekerjasama dengan NETS untuk mempertingkatkan ciri-ciri aplikasi NETSBiz bagi memudahkan para pegerai untuk memantau urus niaga pembayaran masing-masing. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan