Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Lebih banyak sokongan bagi syarikat pengilangan latih PMET sedang sektor berubah

Bagi membantu syarikat-syarikat pengilangan memenuhi keperluan tenaga kerja dan membuat persiapan bagi sekitaran ekonomi lebih baik, Pemerintah melancarkan lebih banyak ruang latihan di bawah Program Pertukaran Profesional (PCP).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak sokongan bagi syarikat pengilangan latih PMET sedang sektor berubah

Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo di TranZplus Engineering pada 28 Nov 2019. (Gambar: Rachel Phua)

Diterbitkan : 28 Nov 2019 03:11PM Dikemas Kini : 28 Nov 2019 03:16PM

SINGAPURA: Bagi membantu syarikat-syarikat pengilangan memenuhi keperluan tenaga kerja dan membuat persiapan bagi sekitaran ekonomi lebih baik, Pemerintah melancarkan lebih banyak ruang latihan di bawah Program Pertukaran Profesional (PCP).

Pada Khamis (28 Nov), Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo mengumumkan keupayaan PCP sektor pengilangan akan meningkat sebanyak 1,000 sepanjang tiga tahun akan datang, khususnya bagi dua program: PCP bagi Karyawan Pengilangan dan PCP bagi Jurutera/Pengurus Jualan Teknikal.

Dua program pertukaran itu bertujuan melengkapkan golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) pertengahan kerjaya dengan kemahiran untuk memainkan peranan dalam bidang seperti penjualan dan pengurusan operasi dalam sektor tersebut.

Sejak PCP pengilangan yang berjumlah empat kesemuanya dilancarkan pada November 2016, lebih 1,400 individu dan 600 syarikat sudah memanfaatkannya.

Program pertukaran itu membantu PMET pertengahan kerjaya yang ingin memasuki industri baru dengan menawarkan program latihan dan khidmat penempatan pekerja. Syarikat yang menyertai juga menerima gaji dan subsidi latihan.

Semasa lawatannya ke syarikat kejuruteraan jitu TranZplus Engineering, Cik Teo berkata pemerintah mengukuhkan lagi kan program itu untuk membantu syarikat pengilangan memenuhi keperluan tenaga kerja sedang sektor itu berubah.

Syarikat-syarikat digalak memanfaatkan tempoh pertumbuhan ekonomi yang sederhana sekarang untuk membangunkan operasi mereka dan bersiap sedia bagi pembangunan industri baru dan apabila ekonomi pulih, tambahnya.

Setakat Jun 2019, sektor pengilangan mempunyai sekitar 6,000 jawatan kosong.

Pengasas TranZplus Nelson Lim berkata program pertukaran itu telah meningkatkan daya penghasilan syarikat tersebut. Beliau berkata usaha melabur dalam pekerja syarikat itu penting baginya dan beliau merancang untuk terus menggunakan PCP untuk membawa masuk pekerja dengan kepakaran dalam jaminan mutu dan penjualan.

Sekarang ini, terdapat lebih 100 PCP dalam lebih 30 sektor.

Sejak 2016, lebih 13,000 orang sudah mendapat kerja menerusi program pertukaran kerjaya, dedah MOM.

Sekitar sembilan daripada 10 daripada mereka kekal bekerja selama 12 hingga 18 bulan selepas ditempatkan, dan sekitar dua pertiga menerima gaji lebih tinggi berbanding pekerjaan lama mereka, jelas kementerian itu.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan